Saya create group kat FB kot kot ada yang rasa nak sharing sharing, kenal kenal di alam maya..
https://www.facebook.com/groups/bukitdamar/
Ape ape cadangan sile sile la kongsi..
Ada siapa siapa kat sini owner lot 198? Ingat nak buat pagar (pagar simple je bukan pagar batu ke apa hehe) kat lot kami tu.. Takut termakan lot org lain pulak nanti.. Kena hire juru ukur ke kalau nak tahu border lot masing masing? Ada sape sape yang familiar pasal ni?
Kami (penulis) adalah sepasang suami isteri yang telah membeli satu lot tanah di Bukit Damar. Tujuan blog ini dimulakan adalah untuk mencari pemilik pemilik tanah lot Bukit Damar diluar sana supaya kita boleh berkongsi informasi terkini berkenaan Bukit Damar dan mungkin suatu hari nanti menubuhkan komuniti kecil untuk tempat yang bakal menjadi kawasan kediaman kita ini.
Kami berasa teruja untuk melihat perkembangan Bukit Damar. Harapan kami adalah supaya Bukit Damar menjadi satu kawasan perumahan yang tenang, aman, bersih dan didiami oleh komuniti yang muhibah.
Kami amat menyenangi lokasi Bukit Damar yang tidak padat, mudah di-access dari ELITE, LDP, MEX dan berdekatan dengan Cyberjaya dan Putrajaya, dua kawasan yang membangun dengan pesat dan dipenuhi dengan golongan professional.
Semoga dengan adanya blog ini, kita dapat membawa kebaikan untuk diri kita, keluarga kita, dan tanah kita he he he.
Salam perkenalan,
FND
Designed by Free WordPress Themes. Powered by Blogger. Converted by LiteThemes.com.